Question:
Kadangkala wanita memakai jubbah yang labuhnya sehingga bawah buku lali jadi jika dia berjalan akan kelihatan kakinya yang ditutupi dengan sarung kaki. Adakah ini diperbolehkan? Atau perlukah dia melabuhkan jubahnya sehingga menyentuh tanah? Minta tolong jelaskan kepada kami hal ini kerana ia menjadi masalah kebanyakan wanita.
Answer:
Bismillahi wassalatu wassalamu ala rasulillahi amma ba’d:
Disebut dari hadeeth ibnu Umar radiyallahu ta’ala ‘anhu, dia berkata Rasulullah sallallahu ’alayhi wasallam bersabda : Allah tidak akan memandang kepada orang yang mengheret bajunya yang di bawah buku lalinya kerana bangga diri, kemudian Ummu Salamah berkata : Ya Rasulullah, bagaimana dengan para wanita? Rasulullah bersabda : “ Tambahkan satu hasta lagi di bawah buku lali” kemudian Ummu Salamah berkata “ jika begini kaki kami akan terlihat” kemudian Rasulullah bersabda “tambahkan satu depa lagi dan jangan melebihi itu.”
Hadeeth ini sahih. Para wanita mesti menutup kakinya kerana ia adalah sebahagian dari auratnya. Disebut dari hadeeth ibnu Mas’ud radiyallahu’anhu “wanita adalah aurat.” Tujuan pemakaian sarung kaki adalah supaya kaki lebih tertutupi di bawah pakaian tetapi tidak bererti sarung kaki cukup untuk menutupi aurat. Hukum ini selalu diaplikasikan untuk pakaian-pakaian ketat yang direka untuk dipakai di bawah pakaian lain dan pakaian ini (pakaian ketat) tidak menutupi aurat tetapi jika situasi tak dijangka berlaku, aurat masih dilindungi. Ini bererti seorang wanita yang memakai jubbah yang labuh sehingga menutupi kakinya, dia telah melakukan benda yang betul. Tetapi jika dia pakai sarung kaki dan jubahnya tidak menutupi kakinya, ini tak dibenarkan. Hal ini ditunjukkan secara jelas dalam hadeeth Ummu Salamah yang disebut di atas.
Answered by Ahmad Banajah & edited by Abu Abdillah Muhammad Rifkhan